KONSEP & PENGURUSAN PSS

KONSEP PSS

*Satu tempat - suasana pembelajaran kendiri yang selesa
*Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam
                          pembelajaran
*Koleksi bahan - lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan
*Agen perubahan - dapat memupuk potensi dan minat pelanggan

OBJEKTIF PSS

*Kecemerlangan pendidikan
*Penggunaan kemudahan
*Pemupukan tabiat belajar
*Penghasilan bahan
*Perkhidmatan pembelajaran
*Kemahiran maklumat

FUNGSI PSS

*Agen memperoleh, menghasil, mengorganisasi dan mengedar bahan maklumat
*Pusat bahan yang dapat digunakan bersama
*Pusat perhubungan antara sekolah dan agensi luar
*Memberi panduan untuk mencari, memilih, menghasil dan menggunakan bahan mengikut keperluan
*Menilai dari semasa ke semasa bahan dan alatan terkini
*Menilai dan memilih bahan yang berkaitan dengan kurikulum
*Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
*Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
*Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakamsalin

ASPEK PENGURUSAN PSS YANG BERKESAN

1.Struktur Organisasi - Jawatankuasa Induk PSS
                                 - Jawatankuasa Kerja PSS

2.Kemudahan Fizikal - Aspek khusus - lokasi, udara, pencahayaan, punca kuasa
                                 - Keluasan ruang - sesuai dengan kapasiti pelajar, selesa
                                 - Alat perabot dan kelengkapan - sesuai dengan pelajar dari segi saiz, kelengkapan
                                    terkini dan lengkap
PSS terdiri daripada ruang berikut:
            - Pejabat
            - Bilik kerja
            - Sirkulasi / kaunter
            - Perpustakaan
            - Bilik Tayang
            - Bilik BBM
            - Makmal / sudut komputer
            - Sudut pembelajaran kendiri
    
3.Perkembangan Koleksi
- Dasar pemilihan umum - fail kuasa
- Pembinaan koleksi - perolehan, proses teknik, pengkelasan dan pengkatalogan, penyusunan bahan,
                                  semakan stok
- Cadangan perolehan bahan
- Alat-alat pemilihan - Katalog penerbiitan, senarai pembekal, laman web penerbit, ulasan buku,
                                  naskah contoh, pameran buku, lawatan, bibliografi dan abstrak.
- Agihan koleksi - koleksi am, rujukan, bintik merah
- Bahan terbitan berkala - majalah, jurnal, laporan tahunan, buletin
- Bahan bukan cetak - cakera padat, cakera liut, pita video, pita audio
- Bahan-bahan yang dilarang - barang yang diharamkan, pornografi
- Pilihbuang - kerja-kerja mengasingkan bahan-bahan yang tidak lagi sesuai disimpan bahan-bahan
                     "out-dated", bahan yang tidak digunakan untuk tempoh yang lama.
- Sumber perolehan- pembelian, hadiah, sumbangan , pertukaran

4.Perkhidmatan
- Sirkulasi (Peminjaman & Pemulangan)
- Perkhidmatan rujukan
- Perkhidmatan nasihat pengguna
- Panduan dan perkhidmatan pengguna - orientasi perpustakaan, panduan pengguna, penggunaan OPAC,
                                                              kesedaran isu semasa, panduan pengguanaan internet.
- Perkhidmatan maklumat - pameran dan promosi maklumat, radio sekola, buletin.
- Kemudahan IT - Internet, penggunaan komputer

5.Pentadbiran
- Pengurusan kewangan
- Perolehan
- Rekod - rekod perolehan, rekod bacaan, rekod mesti dikemaskini dan lengkap
- Pemerosesan bahan - terima, semak, cop hak milik, tampal label dan barkod, slip pemulagan dan poket
                                    pinjaman.
- Pengkatalogan - proses menghurai, menyenarai dan menyusun sesuatu koleksi perpustakaan
                            mengikut peraturan dan format yang telah ditetapkan dan diiktiraf.
- Pengkelasan - proses dimana bahan dikumpulkan mengikut persamaan dan diasingkan mengikut
                         perbezaannya.bertujuan untuk memudahkan pencarian, disusun mengikut bidang perkara dan
                         sistem pengkelasan yang digunakan ialah Dewey Decimal Classification (DDC)
- Semakan stok - berpandukan nombor perolehan, untuk menyemak buku yang hilang atau rosak.

6.Penggunaan
- Mesti ada rekod penggunaan : - Perpustakaan
                                                 - Peminjaman & Pemulangan
                                                 - Bilik Tayangan
                                                 - TV Pendidikan (ASTRO)
                                                 - CDRI
                                                 - Bahan Bantu

CIRI-CIRI PSS YANG BERKESAN

*Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
*Terdapat pelbagai aktiviti galak guna PSS
*Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses P&P
*Lokasi PSS yang strategik
*Warga sekolah suka menggunakan PSS
*Warga sekolah faham peranan PSS
*Mempunyai koleksi yang menarik, sesuai, mencukupi dan terkini

LANGKAH-LANGKAH PEMBETUKAN PSS YANG BERKESAN

*Penubuhan AJK
*Rancangan pengoperasian
*Rancangan pengurusan perkhidmatan
*Latihan dan bengkel untuk AJK dan kakitangan
*Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan
*Orientasi dan penerangan kepada pelanggan
*Kemaskini rekod penggunaan koleksi
*Promosi dan galakan penggunaan
*Penyemakan stok dan penyediaan laporan tahunan

PENGGUNAAN PSS SECARA OPTIMUM

* PSS tidak boleh sekadar bersifat menunggu pelanggan sahaja, tetapi PSS perlu menjadi nadi pembelajaran
   di sekolah.